Program Score A

Salam Sejahtera,

Dunia kini sudah banyak berubah, sistem ICT kini sudah mula menjajah dunia kita. Semakin kita memasuki abad 21 semakin canggih perkembangan dunia ICT. Begitu juga Sistem Pendidikan anak anak kita. Trend terbaru pendidikan sekarang dipanggil Webucation telah pun bermula. Ianya merupakan singkatan atau gabungan Web dan Education.

Sejajar dengan perubahan trend terkini anak anda juga memerlukan satu sistem pembelajaran baru yang lebih interaktif berbanding sebelumnya. Kini pembelajaran secara online atau e-learning semakin popular malah era satu anak satu komputer telah pun bermula. Kebanyakan kerja sekolah ataupun projek telah menggunakan komputer. Malah lebih 90% graduan kita kini mempunyai komputer sama ada laptop atau Desktop. Komputer kini sudah dianggap satu keperluan yang wajib.

Era buku akan berlalu kini jika kita lihat industri e-book mula berkembang seperti cendawan tumbuh. Dunia digital telah mengambil alih fungsi buku malah Internet dianggap sebagai penghubung kepada pencarian atau Gedung Ilmu terbesar. Kini segala maklumat dan informasi terletak dihujung jari anda sahaja.

Pembelajaran ICT ketika ini dalah selari atau sejajar dengar Dasar Pendidikan kebangsaan dimana pada tahun 2010 sekolah sekolah dimalaysia akan mula mengguna pakai konsep sekolah bestari 100%. Kerajaan didalam Rancangan Malaysia ke 9 memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk e-learning.  Jadi pastikan anak anda juga tidak ketinggalan.

Apakah harapan kita sebagai Ibu Bapa?

Sudah semestinya untuk melihat mereka berjaya. Anak anak adalah ibarat intan dan permata kita yang amat beharga. Sejak bermula saat kelahiran besar harapan kita untuk melihat mereka berjaya satu hari nanti. Sejak dari mula lagi kita sudah merancang apakah yang terbaik untuk mereka tidak terkecuali pendidikan.

Kita juga sebagai ibu bapa amat berharap dan berdoa agar anak kita berjaya sehingga kemenara gading. Malah menjadi impian sesetengan ibu bapa untuk bersama sama anak meraikan konvokesyen mereka dengan penuh rasa bangga kerana kejayaan dan pencapaian anak juga merupakan kejayaan kita sebagai ibubapa.

Jadi anak anda sebenarnya amat amat memerlukan bantuan dan pertolongan anda untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik malah dengan bantuan dan sokongan anda juga anak anda dapat bersaing dengan rakan dan pelajar yang lain. Pendidikan diibaratkan sebagai memancing ikan, kita ibu bapalah yang mengajar anak anak kita bagaimana untuk memancing.

Ciri Ciri Interaktif Score A yang tidak terdapat pada buku:

8

 

  1. Bersifat Interaktif – Menarik minat murid untuk mengulangkaji.
  2. Permakahan segera – memudahkan murid mengenalpasti kesilapan tanpa merujuk jawapan.
  3. Pengurusan Masa – murid perlu menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan.
  4. eReport Card – Murid dan ibubapa dapat memantau perkembangan pembelajaran dimana sahaja,
  5. Laporan SMS - memaklumkan perkembangan anak kepada ibu bapa melalui sms ‘real time’
  6. Rujukan Silang – Jika murid tidak faham klik eNotes dan penerangan diberi.
  7. Rancangan Belajar – Murid dapat menyelia perkembangan ulangkaji dan jadual belajar dari rekod terdahulu.
  8. Bilangan Percubaan – Murid boleh buat percubaan kedua dan ketiga untuk mengetahui jawapan yang betul.
  9. Kata kata Motivasi – membina semangat motivasi pelajar dengan kata kata motivasi sebaik murid memilih jawapan yang betul
  10. Kamus Elektronik – klik perkataan yang tidak faham, penerangan akan diberi.
  11. Tahap kesukaran – Ibarat Game murid perlu capai 80 markah sebelum maju ketahap lebih tinggi.
  12. Soalan Panas – Terus dari Guru Cemerlang tidak dibeli dari mana mana kedai buku.
  13. Sukatan Terkini – Kandungan dikemaskini setiap masa mengikut perkembangan sukatan terkini Kementerian Pelajaran Malaysia.
  14. Pertandingan Kebangsaan – Murid di seluruh Malaysia dapat bersaing dan mengetahui kedudukan mereka.
  15. Anugerah tahunan – murid cemelang dapat pengiktirafan. Setiap tahun Score A Scholar night meraikan pelajar cemerlang.
  16. Pembelajaran Output – Peperiksaan adalah pembelajaran output. Score A program adalah cara pembelajaran output terunggul.
  17. Bersifat mudah alih – dimana ada komputer di situ anak anda boleh belajar dan tidak perlu membawa buku yang banyak contoh ketika melancong atau balik kampung.
  18. Rebat Kewangan – Anak anda boleh belajar dengan percuma dengan memperkenalkan Score A kepada rakan, saudara atau jiran anda.

 

Webucation Score A

scoreaa12

MORE INFO DOWNLOAD HERE