Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90%  datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara. Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?

Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya.

Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:

• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

Adakah anda “penonton” atau “action hero”?

Apabila bercerita tentang kisah-kisah kejayaan, kita sering dapat kenal pasti dua golongan manusia yang sama-sama terlibat di dalam kisah kejayaan tersebut. salah satu golongan biasanya menemui kejayaan, sedangkan yang satu lagi, akan biasanya tidak akan menemui kejayaan(kenapa? dan bagaimana untuk atasinya? teruskan membaca).

Dua golongan tersebut adalah golongan penonton dan golongan action hero. Mari kita lihat, apakah ciri-ciri bagi kedua-dua golongan ini.

Ciri2 Penonton:

1. adalah golongan yang suka MEMBACA, MENONTON, BERANGAN-ANGAN
dan MENGHARAP untuk mencapai kejayaan seperti orang lain.

2. Biasanya golongan penonton tidak mempunyai pelan tindakan secara terperinci untuk dilaksanakan.

3. Jika diberi pelan tindakan(diberi, bukannya atas perancangan sendiri) sekalipun, mereka tidak akan laksanakan dari mula hingga habis.

4. Soalan yang sering bermain di fikiran: Kalau benda ni tak menjadi,
camne? tak ke rugi masa aku?

5. Biasanya penonton akan melompat dari satu “angan-angan” ke satu
“angan-angan” yang lain tanpa arah tujuan yang jelas.

Ciri2 Action Hero:

1. adalah golongan yang mengambil tindakan secara aktif seperti
merancang pelan tindakan DAN melakukan pelan tindakan tersebut SAMPAI HABIS.

2. Berjaya atau gagal bukan isu, yang penting laksanakan pelan tindakan tersebut dari mula sampai tamat.

3. Soalan yang sering bermain di fikiran: ok step ni dah siap, apa langkah seterusnya yang aku perlu buat?

4. Biasanya action hero akan menemui “nasib baik” di sepanjang misi perjuangannya untuk melaksanakan pelan tindakan hingga tamat.

Jika anda sekarang ini mendambakan kejayaan, adalah penting untuk anda mengenali sama ada anda tergolong dalam golongan penonton atau golongan action hero.

Jika anda adalah “penonton” dan ingin bertukar menjadi “action hero”, sila baca dua ciri-ciri di atas, kemudian laksanakan PELAN TINDAKAN RINGKAS di bawah.

1. BUANGKAN seberapa banyak ciri2 penonton dalam diri anda dan

2. Amalkan seberapa banyak ciri2 seorang action hero!

So apa pendapat anda pula kongsikan melalui ruangan komen dibawah :wink:

sumber artikel : matieu (wang cyber)