Salam Hebat buat semua
Hari ni saya nak kongsikan dengan tip untuk berjaya didalam perniagaan yang anda ceburi :-
1) Tetapkan Matlamat.
Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, perlu tetapkan matlamat atau menanam cita-cita. Ini kerana,tanpa matlamat Anda seperti nakhoda yang belayar kelautan luas tanpa ada arah tujuan!!.
Tetapi pastikan matlamat atau cita-cita yang anda tetapkan hendaklah rasional dan mampu dicapai.
Sebagai contoh:
a) Mendapatkan RM1 juta pertama dalam masa 3 bulan dengan hanya mengikut 3 langkah mudah.
b) Mendapatkan RM30K pertama dalam masa 3bulan dengan hanya mengikut 3 langkah mudah.
c) Mendapatkan RM10K pertama dalam masa 3 bulan dengan hanya mengikut 3 langkah mudah.
So yang mana anda rasa yang lebih realistik dan mudah anda capai.
Matlamat sewajarnya biarlah mampu di capai dengan kemampuan kita. Lebih baik sedikit tetapi matlamat tercapai.
Bila matlamat anda tercapai, secara automatik anda akan lebih bersemangat dan bermotivasi..
tul tak
2) Fokus
Terutamanya bila ingin menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.
Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.
Ok, bila anda sudah tetapkan matlamat.. so sekarang anda perlu lah focus kepada matlamat tersebut. Kalau anda hanya tetapkan matlamat tetapi takde tindakan dan focus, takde guna jugak betul tak.
Fokus amat penting untuk anda berjaya , dan ia perlu berada dalam diri kita,
Contoh :
Saya sedang mempromosikan perniagaan Score A saya diwaktu yang sama saya mempromosikan produk kesihatan misalnya. Sudah tentu agak sukar untuk saya berjaya betul tak kerana saya terpaksa mempromosi 2 perkara dalam satu masa.
Jadi tanpa fokus, anda tidak akan berjaya menjadi Seorang usahawan yang berjaya. Percayalah!!
3) Semangat
Saya pasti Anda pernah gagal dan ramai orang di luar sana mengeluh bahawa mereka juga pernah gagal. Tetapi pada saya mereka bukannya gagal, mereka cuma belum menjumpai strategi atau ramuan yang sebenar untuk mencapai kejayaan.
Didalam perniagaan Score A yang saya ceburi sekarang ini juga saya telah melihat ramai yang mengketogeri diri mereka gagal bila gagal menaja orang. Pada saya anda tidak gagal sebaliknya anda tidak bermula dengan cara yang betul. Saranan saya teruskan usaha dengan gigih dan percaya yang anda akan berjaya.
Maksud saya di sini, anda hendaklah berfikir secara positif. Bila pemikiran positif, secara tidak langsung tindak balas atau reaksi anda juga positif.
Jom kita imbas kenbali cerita Alexander Graham Bell pernah mengaku bahawa beliau telah gagal dalam mencipta telefon teatapi beliau tidak berhenti disitu saja kan kalau beliau berhenti, mungkin sampai hari ini kita masih menggunakan burung merpati untuk hantar maklumat ke tempat lain. heheh.