Kenshido International
Score A Portal
- Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
- Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
- Research and Development selama 3 tahun. Modal berbayar RM5 juta bagi mencipta perisian.
- Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
- Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
- Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.
Kenshido Internationl Sdn Bhd
Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3,
Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,
47810 Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-6141 8286
Fax: 603-6141 8126 / 8136
Ahli Lembaga Pengarah
Sebagai salah seorang daripada pengasas kepada Score-A Program, beliau juga bertanggungjawab meneraju usaha pemasaran syarikat. Beliau juga adalah seorang ‘Network Builder’ yang berjaya dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun. Perkembangan syarikat secara mendadak ini, adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.
Jason menamatkan pendidikan menengahnya di Institut St. Micheal di Ipoh dan juga seorang juruaudit yang bertauliah. Setelah mendapat ijazah, Jason memulakan kariernya di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan mula bekerja di sebuah bank perdagangan pada tahun 1985. Pada tahun 1988, beliau keluar untuk menerajui perniagaan ‘Networknya’ sendiri.
Hari ini Jason adalah seorang ‘Network Builder’ yang berjaya dan pernah menjadi ‘Top Leader’ bersama beberapa buah syarikat ‘networking’ dari USA lebih dari 10 tahun. Kecekapan Jason dalam ‘Network Marketing’, latihannya sebagai seorang akauntan bersama dengan pengalaman yang lain menjadikan beliau aset yang tidak ternilai kepada Edu-2U Portal Sdn Bhd.
Dato’ Ghazali ialah seorang pendidik yang berjaya. Beliau mempunyai 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Dato’ Ghazali mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Alberta Kanada. Beliau juga mendapat Ijazah Saujana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Diploma Pentadbiran Pendidikan Tinggi dari Universiti London.
Beliau telah menjawat beberapa jawatan yang menonjol dalam bidang pendidikan pada masa yang lalu seperti Pengarah Pendidikan Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang dan Johor; Pengetua Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Shah Alam; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru di Kementerian Pendidikan; dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak.
Dato’ Ghazali dengan pengalaman yang begitu luas dalam bidang pendidikan telah mencurahkan segala kepakaran beliau ke arah pembinaan Score-A™ dari dahulu hinggalah ke masa akan datang.
Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.



